Blogger Templates

Saturday 31 December 2011

LaSt pOsT fOR 2011~

bismillahirrahmanirrahim

bersama kita mulakan tahun baru ini dengan lafaz bismillah agar lebih berkat....

it a new year
new number~ getting more bigger
new age~ getting more older
new determination~ actually updated previous determination is more better..huhu

--------------------------------------------------

i need my lonely time
make some space to think and think
to revise and revise
to remind and remind
the bad and good day i ever have
the bad and good thing i gonna do next

----------------------------------------------------

saya tidak tahu andainya tahun akan datang ini tahun yg terakhir buat saya... saya juga tidak mahu terlalu banayk merancang untuk tahun yang akan datang ini kerana seperti tahun2 yang sebelumnya, saya lebih banyak merancang dari melaksana....

untuk tahun ini, saya cuma mahu menilai semula perancangan2 untuk tahun sebelumnya dan cuba menyelesaikan apa yg masih tergantung.. saya mahu mengurangkan akaun kredit saya...

semoga tahun akan datang ini melimpahkan lebih banyak barakah dan rahmat buat kita semua... juga menjadikan kita semua khalifahnya yang lebih bertaqwa dan beriman.. dan kita mempu meletakkan diri kita ditahap yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya....dan semoga pertambahan usia bumi ini turut menambahkan lagi kecintaan kita kepadaNya..... ameen...

Friday 16 December 2011

miss VS mrs~ owh no!!!


bismillahirrahmanirrahim
lately ni saya sering diterjah dengan persoalan hati... ada yg sekadar bercerita dan ada yang meminta saya memberi pandangan... ini telah menggerakkan hati saya untuk menulis entry ini.... kerana apa?? kerana seperti mereka, saya juga manusia biasa yg punya masalah hati.... jadi, seperti mana saya mencuba untuk memberi yg terbaik untuk hati sya, saya juga mahu orang lain memberikan yg terbaik untuk hati mereka....

ada yg pernah bertanya pada saya, haram kah bercinta... jawapan yg saya manpu berikan adalah saya bukan alim ulama' yg boleh memberikan fatwa kepada anda.. saya juga takut untuk menghalalkan atau mengharamkan sesuatu.. tetapi saya cuma pasti tentang satu hal..

Sunday 11 December 2011

rabbit, big apple & me

bissmillahirrahmanirrahim


     
memory is a child walking along a seashore..
you never can tell what small pebble it will pick up and store away among its treasured things..
  
  
p/s : tekanan yg menyebabkan saya jadi semakin kuat merapu......   =(

Sunday 4 December 2011

owh cinta~

bismillahirrahmanirrahim


this guy is rite.. lagu cinta zaman sekarang mmg sngt aneh..
no wonder lah kalau ramai remaja kita leka dalam hal2 perasaan.....

Saturday 3 December 2011

wahai daie...jangan lemah

bismllahirrahmanirrahim~
1
(picture paste from langitilahi.com )


(artikel dari www.iluvislam.com )
Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..
Wahai daie... Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.

Tuesday 22 November 2011

niat~

bismillahirrahmanirrahim


إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
~Hadis Sahih Bukhari dan Muslim~

saya tidak peduli jika sesiapa pun yg melakukan sesuatu kerana mengharapkan nama atau apa sahaja..sbb saya bukan sesiapa yg berhak untuk menilai keikhlasan anda...
tetapi saya benci dengan sikap orang yg menangguk dia air yg keruh sehingga lupa tentang perasaan orang lain...  saya bukan orang yg pendendam, tetapi jika ia melibatkan hal yg terlalu sensetif, maaf, saya tidak mampu redha..
apatatah lagi jika yg melakukan itu mempunyai akal yg waras.....

p/s : saya cuma manusia biasa yg boleh terguris perasaan bila disakiti...

Wednesday 26 October 2011

sanah helwa ya nadia!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


alhamdulillah.. hari ni bertambah lagi nikmat umur dari Allah.. genap dh 22 tahun Allah pinjamkan nyawa.. pertambahan umur sama juga dengan semakin dekat jarak kita dengan kematian.. wallahualam..
ulang tahun kali ni, terasa banyak sngt nikmat.. sahabat yang makin ramai, semakin bnyk doa yang diterima.. syukran semua atas ingatan dan doa kalian... terharu sngt rasanya bila ramai yang mendoakan.. sampai terdetik dalam hati, saya sebenarnya seorang yang tidak alert dgn ulang tahun kwn2 saya.. tetapi, bila ulang tahun saya, tetap ramai yang mendoakan saya.. saya jadi malu sendiri dan sedikit kesal dgn sikap sendiri....

sedikit tinta ingatan buat diri..

semakin dewasa, semakin banyak perubahan perlu dilakukan...
hati dan diri perlu sentiasa bermuhasabah...
jiwa perlu dibentuk menjadi lebih hebat dan tegas...
semoga diri berjaya bangkit semagai muslimat yang teguh jiwanya, utuh keimanannya, dalam cintanya kepada Allah dan rasul, anak yang solehah buat bondanya, adik yang baik buat kakaknya, kakak yang baik buat adiknya, teman yang berbakti buat sahabat2 nya,kelak menjadi zaujah yag selayaknya buat pasangannya...

ya allah,
limpahkanlah barakahmu buat hamba
berkatilah pertambahan umur hamba, berkatilah usia hamba yang telah berlalu..
jangan dibiarkan hamba mensiakan nikmat umur hamaba dengan kelalaian dan kebodohan..
permudahkanlah urusan akhirat dan dunia hamba...

ya rahman,
ampunkanlah hamba atas semua dosa2 hamba..
baik yang hamba nyatakan mahupun yang hamba sembunyikan..
baik yang sengaja, mahupun yang tak disengajaan..
izinkan taufiq hidayahmu bagi hamba

ya rabb,
kukuhkan hati hamba pada perjuangan hamba,
hamba mahu istiqamah pada apa yang benar
jagalah hati hamba dari sebarang muslihat syaithan durjana
jaukan hamba dari kesesatan dan kepalsuan
janganlah hamba tercampak pada lembah yang menghinakan hamba..

ya muhaimin,
mudahkanlah urusan jodoh hamba
temukanlah hamba pada pasangan yang akan membawa hamba pada baitul muslim...
izinkanlah orang tepat bagi hamba tertaut hatinya dengan hati hamba pada masa yang tepat
kurniakanlah bagi hamba kelak zuriat yang soleh dan solehah
semoga hamba tidak mensia-siakan janji2 mu yaAllah...
ameen...

Thursday 20 October 2011

doa untuk diri~

bismillahirrahmanirrahim


semoga Allah kirimkan kekuatan,
diilhamkan sebuah ketabahan
dan dipinjamkan kesabaran....


ya Allah,
semoga keletihan ini tidak merosakkan,
ketakutan tidak merantai jiwa
kebodohan sendiri tidak dibiarkan
jangan keegoan menjadi tembok.....
amiin...

Saturday 10 September 2011

owh hati~

bismillahirrahmanirrahim


mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

bismillahirrahmanirrahim




sebuah analogi:
sejumlah wang yang jatuh di tempat gelap,
masakan kita mampu mencarinya dibawah tiang lampu yang terang.
selagi mana kita tetap ingin berada di zon yg selamat,
bermakna kita sebenarnya kita tidak berusaha.

begitu juga dalam bermujahadah
selagi kita berasa cukup lah tingkat keimanan kita,
sebenarnya kita tidak berusaha untuk syurga..
kalaulah dgn apa yg kita ada hari ni cukup utk mendapatkan syurga,
tidak mungkin para sahabat dan solihin sangup menginfakkan hidup mereka demi jaln Allah.

ulama2 pernah mengatakan,
bilamana kita berasa cukup dengan amal kita, sebenarnya ada yang kurang pada amal itu.
bilamana kita berasa sudah ikhlas, ada kemungkinan itu hanya bisikan syaithan semata.
bila kita sentiasa ragu adakah amal kita diterima tetapi kita terus berusaha,
bila hati kita goyah dan rasa tidak ikhlas mula menghantui, tetapi kita tetap berjuang,
itu adalah situasi yg lebih baik terus dari berasa puas dgn hal yg tidak pasti.

syurga itu harganya tidak murah..
SABDA RASULULLAH S.A.W : ((SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU)) Riwayat Muslim.
kerana syurga itu tidak murah harganya, rasulullah tetap terus berusaha beribadah dan berjuang demi jalan Allah walaupun syurga itu pasti untuk baginda..
jadi adakah kita sudah membayar harga yang sepatutnya untuk mendapatkan syurga itu????

Friday 26 August 2011

it out of control~

bismillahirrahmanirrahim


dalam hidup, kita selalu gagal dalam merancang..
bukan keraa tak mencuba, cuma belum rezeki kita..
tapi, balik setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat..
sama ada kita sedar atau tidak..

saya kecewa atas kegagalan saya mencapai perancangan untuk hari ni.
saya sendiri tak sangka saya akan menitiskan air mata untuk hal yang kecil seperti ini..
tapi saya sedar, pasti ada alasan atas setiap keadaan..
cukup lah saya menganggap pasti ada kemaslahatan yang lebih banyak berbanding manfaat sekiranya apa yang saya rancang untuk hari terlaksana.
saya juga berharap sesiapa yang terlibat turut memahami dan memaafkan saya....
asif jiddan...

# mulanya saya sendiri terasa kecewa,tapi lepas berfikir dan berfikir, saya menjadi lebih positive... ameen...

Wednesday 24 August 2011

oh ramadhan~

 bismillahirrahmanirrahim


agak lame tak update blog..
terlalu banyak kekangan sebenarnya bulan ni..
macam2 hal bulan ni.. tapi alhamdulillah everything getting better..
plus, ramadhan pun dah nak melabuhkan tirainya...
sedikit ralat sebenarnya sebab tidak berjaya mencapai matlamat..
insyaAllah, ada rezeki, ramadhan akan datang akan jadi ramadhan yang lebih baik..

tapi sebelum ramadhan ni berakhir,
saya nak sngt kongsi sedikit pengisian yang saya dengar dari seorang ustaz..
rasulullah ada bersabda, maka celakalah orang yang tidak mendapat keampunan pada bulan ramadhan.
apa yang dimaksudkan, ramadhan adalah bulan yang penuh dengan pengampunan dari Allah.
oleh itu, jika ada dari kita yang tidak berusaha bersungguh2 dalam menagih keampunan dari Allah, maka kita akan menjadi orang yang teramat rugi. wallahualam..

apabila mendengar tazkirah ini, sungguh saya rasa terusik sedikit.. betapa saya telah merugikan bulan2 ramadhan saya dengan pengisian yang merugikan. saya juga terfikir apakah saya termasuk dalam kelompok orang2 yang telah mensia2kan kurnian Allah. tetapi, selagi kita bernafas, kita masih ada peluang. oleh itu, sementara ramadhan masih bersisa beberapa hari lagi ini, sama2 lah kita mengambil peluang untuk menagih kasih dari yang Esa...

#mood raya tak datang juga~ huhuhu




Saturday 6 August 2011

welcome little banat!

bismillahirrahmanirrahim

agak lama tak update blog ni. lately ni xde feeling nak online sngt.. huhuhu..
tapi hari ni nye post nak dedicated tahniah untuk kakak yang dah selamat bergelar emak pada 04.08.2011..
alhamdulillah semuanya selamat walaupun saya dan emak terpaksa bertapa kat hospital sepanjang hari..huhuhu...
saya dapat anak buah perempuan..alhamdulillah..

lucky shot!

 



~emak & anak~

budak yg tak tahu dibedung..hehe~

dalam perancangan insyaAllah namanya Nur Zinnirah as-syifa'. Zinnirah adalah nama seorang srikandi hebat yg buta matanya. tetapi dia tetap teguh dalam pegangannya sekalipun diseksa oleh tuannya kerana memeluk islam. As-syifa pula bermaksud penawar. semoga dia menjdi penawar kepada ibu bapanya dan stiap orang yang ada disekelilingnya. tapi belum finalised lagi. tak taulah kalau2 ada perubahan. =)

Saya juga nak ucapkan tahniah pada sepupu yang juga telah selamat melahirkan anak 29.07.2011. Beberapa hari sebelum akak saya. tapi dia dapat baby boy..huhuhu.. couple lak.. nama diberi Umar Muhaimin. semoga dia akan jadi sehebat namanya. insyaAllah..


budak yg kuat tido~



Sunday 24 July 2011

i dont realize that im not a little girl anymore~

bismillahirrahmanirrahim


You are as young as your faith,
as old as your doubt;
as young as your self-confidence,
as old as your fear;
as young as your hope,
as old as your despair

mood : bercampur baur..tibe2 hari ni masa tengah drive keta, terdetik kat hati " dah tua rupenye aku ni"..(mase kecik2 saya slalu anggap hanye org2 tua yg boleh drive kete.. hahaha)

# ahmad firdaus : kak, prepare ur heart for some1 stranger.. it was wonderfull feeling actually making love after married...
( thx daus, ur advice at a right time.. mcm tau2 jer ade masalah hati...makin semangat nak kosongkan hati..hehehe)

NAF : thx for that provoke.. u just make me know that my feeling much better than i thought.. =)


Saturday 23 July 2011

Fight For True Love~

bismillahirrahmanirrahim

Tit..tit..tit...
(ONE MESSEGE RECEIVED)

...INBOX OPEN...

‘’awak..mujahadah tu sakit kan...saya cuba lupakan dia..tapi susah..=(...’’

SENDER:
**********

‘’awak,,cinta pada yang lain hanya layak hadir bila kita merasakan cinta pada Allah dan Rasul  sudah cukup kuat dalam hati..yakinlah wak,,masa itu akan tiba..walau bukan di dunia pastinya di Syurga..’’

SENDER:
SAUTUL_ANIS

...MESSEGE DELIVERED..

Sayu hati ini bila sahabat yang dulunya tak lekang dengan gelak tawa kini asyik dengan air mata..
Sayu hati ini bila sahabat yang dikasihi dibazirkan air matanya kerana ar-rijal..
Sayu hati ini bila sahabat yang sedang berjuang meraih cintaNya hampir tersungkur di tengah jalan dek kerna dibayangi kenangan silam...

AWAK,,,

walau ke mana kita cuba lari,,takkan pernah terlepas dari diuji di dalam gelanggang mujahadah...kuatkan hatimu ya ukhti habibati...inni akhowatuki lillah..letakkan dia jauh dari kamus hidupmu...cukuplah cinta Allah,rasul dan ibubapa yang tumbuh subur mewarnai taman hatimu....

AWAK,,

mujahadah tu memang perit,tapi biarlah jasad menderita asalkan rohmu sedang enak berdakapan dengan Robmu..
mujahadah tu  perlukan kesungguhan agar awak  merasai betapa manisnya nikmat dalam berjuang...
mujahadah tu bukan sehari dua tapi untuk selama-lamanya hingga satu saat di Syurga nanti,moga dialah jiran awak di Sana..jangan putus asa berdoa wak...

AWAK,,

kadang-kadang kita takkan mampu peroleh dua perkara dalam satu masa...
kadang-kadang kita perlu korbankan salah satu demi yang Satu...
kadang-kadang kita perlu letak dia jauh-jauh dari hidup agar ada ruang untuk Dia dalam hati...
kadang-kadang Allah tarik dia dari hidup awak supaya awak selalu dekat dengan Dia..

AWAK,,

hati wanita memang lembut tapi jangan mudah bazirkan airmatamu kerana dia,,
hati wanita memang lembut tapi jangan mudah putus asa untuk lari jauh dari dia,,
hati wanita memang lembut tapi jangan biarkan diri lemah pada pandangan dia,,

AWAK,,

rasa kehilangan ke bila dia dah pergi jauh??
Rasa kehilangan ke bila dia tak lagi hantar mesej-mesej pembakar semangat??
Rasa kehilangan ke bila tak lagi dengar suara dia??
Rasa kehilangan ke bila tak lagi dengar gelak tawa dia??
Rasa kehilangan ke bila tak lagi terima warkah-warkah berbaur nasihat dari dia??

fikirkan sejenak,,,

sudah cukup ke bakti awak pada ibu dan ayah yang siang malamnya memikirkan awak yang jauh di mata??
Sudah cukup ke jasa awak pada guru-guru yang sabar mendidik awak sedari abc??
Sudah cukup ke sumbangan awak pada agama yang awak bangga-banggakan dalam status FB awak??
Sudah cukup ke amal awak pada Allah,Pemilik Segala Rasa Cinta??
Sudah cukup ke cinta awak pada Kekasih Allah??
Jawablah wak...fikirlah wak...
andai semua tu belum cukup awak laksanakan,,kenapa perlu salurkan cinta dan perhatian awak pada yang bukan halal??

Awak,,,

Maafkan saya andai kata-kata ini mengguris hatimu....
Maafkan saya andai tak mampu jadi ‘’tangan’’ yang akan kesat air mata awak..
Maafkan saya kalau saya terlampau memaksa awak dalam merebut cintaNya yang Agung..
Maafkan saya kalau awak belum bersedia untuk letak dia jauh-jauh dari kamus perjuangan awak...
Maafkan saya kalau saya belum mampu jadi mentari yang  menyinari hari-hari awak dengan tazkiyatul nafs...

Awak pernah dengar tak,,

‘’Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu
menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak

berduri, Apabila tidak berduri , tiada lagi benteng yang boleh melindungi

keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.''

saya selalu doa,,moga awak salah satu dari kuntuman mawar berduri tu....
alangkah ruginya andai dua insan yang bersahabat di dunia tapi tak bertemu di Syurga..
ana uhibbuki lillah...moga awak jiran saya di Sana,,,^_^...

untuk awak,,pohonlah kekuatan dariNya...pasti akan awak temui ketenangan

# semoga Allah beri saya juga sebuah ketenangan dan ketetapan hati.. Amin...

mood : lebih tenang~

Friday 22 July 2011

Teman~

bismillahirrahmanirrahim



untuk teman yg selalu dalam hati~

if ever there is tomorrow when we're not together,
there is something you must always remember
you're braver than you believe,
stronger than u seem,
and smarter than you think..
but the most important things is
even if we're apart i'll always be with you...

Thursday 21 July 2011

It Not How Is God Serve Me, But How Do I Serve God~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

listen through your heart,~


-what islam offer you-
-your responsibility with your god-
-how muslim enjoy their day-
-muslimah clothing issue-
-most beautiful things in islam is finding your soul mate-

in 30 minutes, he able to discuss a lots of things...
simple talk, thousand input
**************

Tuesday 19 July 2011

RAMADHAN's MOOD~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Even it still early nak cakap pasal ramadhan, tapi xpeduli.. nak cakap gak.. sebab mood ramadhan dah mula terasa..
nak2 bile baca surah al-Baqarah tadi, ayat 183:
"wahai org yg beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa"
lebih kurang dalam 12 hari lagi kita akan sambut Ramadhan.. diharapkan ramadhan tahun ini akan menjadi ramadhan yg lebih berpengisian dari berlebihan..
sebenarnya ramadhan kali ini saya sangat mengimpikan lailatu qadr..
walaupun saya tahu bukan mudah untuk mencapai ke tahap itu, tetapi saya tetap akan berusaha untuk mendapatkannya... saya akan cube membuat persiapan untuk mencari malam itu..
(cita2 yg sngt besar.. semoga Allah bantu)

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.:
"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. "

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan.

Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

 Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Wallahualam... semoga kita semua berusaha mendapatkan keberkatan ramdhan, bukan sekadar sebuah amalan tanpa pengertian.. ameen...

~evergreen~

#sngt teruja ramdhan tahun ini.. mcm2 iltizam dah set-up utk ramadhan kali ni.. wallahualam.. takut2 ini ramdhan yg terakhir...


Friday 15 July 2011

LOVE OF OUR OWN

bismillahirrahmanirrahim


Baru usai membaca sebuah artikel yg ditulis oleh Ameen Misran di langitilahi.com.. Artikel itu membuat saya sedikit tersentak dan menyedari kekhilafan diri.. Petikan ini yg paling mencengkam hati saya..

"So shirk; the king of all sins, the most expensive sin has also its empire in the practices of love. How can this happen? Easily said, two persons are madly in love, when are performing solah, who will they remember most, Allah or their couple? By feeling a love greater than Allah's love or in other sense, remembering other than Allah when is the specific time we are supposed to remember Him is shirk"

Hal ini membuatkan saya terfikir, cukupkah sekadar kita mampu menghalangi diri dari terlibat dengan sebuah hubungan percintaan?? Isu sebenar yg lebih utama untuk difikirkan adalah adakah kita mampu memerdekakan diri dari memikirkan seseorang yg tidak sewajarnya. Ya saya akui itu adalah fitrah manusia untuk menikmati cinta. Tetapi bukan kah ada cinta yang Maha Agung untuk kta fikirkan, untuk kita nikmati..

Sungguh saya merasa bertambah daif apabila menghayati artikel ini. Selama ini saya cuba menghalangi diri dari terlibat dengan sebuah perhubungan, tetapi sebenarnya usaha saya adalah sia2 kerana hakikatnya saya tidak berusaha bersungguh2 untuk membebaskan diri dan hati saya dari perasaan yg tidak sewajarnya..

Mungkin hal ini yg perlu dimuhasabahkan.
Kita sering mengucapkan yang kita sayang dan cinta kepada Allah
tetapi sejauh mana kita jujur dengan ucapan kita itu.
Adakah Allah yg kita fikirkan dalam setiap tindak tanduk kita.
Atau kita sekadar kenal Allah tetapi sebenarnya kita tidak pernah cuba untuk menghayati siapa Dia...
wallahualam





Thursday 14 July 2011

HOPE~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


I just hope someday I will leave
Letting all the thing I have
Even the poor thing
Even the precious gift

I just feel too tired
Keep searching and searching
But at the end I win for nothing

They say my life complete enough
But they never know depth in my heart
I was lonely although I have everybody
I was lost and I never know where path to go
I missed a lot of thing; I’m dying for that feeling
But I didn’t know what the thing was
I drowned and I can’t even breathe

God, I never feel satisfied
Not because I was not thankful
But I always think that I’m not good enough
To begging for your promise
I was scared that u will forget me

It is enough I live for nothing
Don’t make me leave for nothing too

#rasa tidak keruan.. terlalu banyak ujian lately ni. semoga aku kuat ya Allah..

Tuesday 12 July 2011

TALAnTIME

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Baru jer habis nengok TALEnTIME...
actually dah pernah pun nengok citer ni..
still love it..
 watch it, and u will find thousand message on it...

this movie showed real color of life
everyone have their own poor story..
god will never give a perfect life to anybody...
that why people keep saying "no body perfect"
you will be test on what u really dying for
at the end,
it not about who will win it
but how you carry it..

* malay version remind me of someone.. =)

Monday 11 July 2011

BINGKISAN SIRAH~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Rasulullah SAW, seorang Rasul, tidak sekadar mengangkat tangan dan berdoa. Dia berusaha dengan berjuang. Menyusun strategi dan berhadapan untuk menumbangkan jahiliyyah. Jahiliyyah dari hati manusia, hingga ke pintu kerajaan berkuasa.

Baginda dipulau 3 tahun 3 bulan, dan terpaksa memakan ranting2 kayu hingga pecah mulut2 baginda dan para sahabat. Baginda dicampak pada tengkuknya Najis. Baginda dilempar batu-batu di Taif hingga berlumuran darah. Baginda dibaling batu semasa peperangan Uhud, hingga tali topi besi baginda tertusuk ke dalam pipi, hingga apabila seorang sahabat ingin mencabut, gigi Rasulullah SAW tercabut sekali dan darah menitis ke bumi.

Semua itu kerana ingin menumbangkan kezaliman yang menyelimuti dunia ini. Menumbangkan jahiliyyah. Membersihkan bumi ini dari kegelapan.

Perjuangan inilah yang diwariskan kepada kita, untuk membina dunia yang baik dan bersih, agar kondisi dunia ini baik untuk kita mengejar akhirat dengan baik.
Inilah yang akhirnya menyebabkan, apabila seorang tentera biasa bernama Rib'i Amir, berdiri di hadapan singgahsana musuh, berani berkata:

"Allah memilih kami, untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan sesama manusia, kepada penyembahan Tuhan Kepada Manusia, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam."

Oooo orang2 yang mengaku beriman kepada Allah SWT, yang menyatakan dirinya beriman kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, apakah kamu kira dengan hanya menadah tangan dan berdoa tanpa usaha yang benar maka kamu akan diselamatkan?

"Buat apa susah-susah, ini semua hal dunia."

Dan bagaimana bila jahiliyyah menyelimuti, apakah kamu akan 'selesa' untuk mengejar akhirat? Tidak. Jangan tertipu.

Andai berdoa semata-mata mampu menyelesaikan semua, maka Rasulullah sebagai Rasul dan paling mustajab doanya tidak akan berusaha.



# post ni diambil dari kata2 Hilal Asyraf @ langitilahi.... sekadar berkongsi sesama kita sebagai muhasabah bersama..

TRANSFORMASI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sudah hampir seminggu saya menjadi pemerhati tetap mengenai perhimpunan Bersih 2.0. Saya membuka sebanyak mungkin video yg ada didalam internet. Saya mencari dan mendapatkan pandangan dari ramai kawan2 saya.. Saya membaca komen2 yang ada dalam fb. Saya buka banyak laman web baik yg pro mahupun anti kepada perhimpunan ini. Apa yang dapat saya simpulkan :

Sebenarnya masih ramai anak muda yg lebih suka berdiam diri dan tidak mengambil tahu. Apa yg lebih mereka fikirkan adalah tentang hiburan dan melayan perasaan mereka. Bahkan ada seorang kawan saya yg berada diluar negara meluahkan kekesalannya bila ada kawan beliau yg berada di malaysia tidak tahu mengenai isu ini. Ini agak sedih apabila generasi muda menjadi generasi yg lembap dan tidak boleh dijana untuk menjadi pelapis kepada peneraju pimpinan negara pada masa akan datang.
Tetapi, persoalannya, adakah mereka wajar disalahkan secara total sedangkan mahasiswa2 digari dengan beberapa Akta. Situasi sebenarnya yg membunuh semangat perjuangan dalam diri generasi muda dan sekaligus menjadikan mereka pasif dan  terbentuklah generasi yg alpa.

Hal kedua yang membimbangkan saya adalah sikap suka menghina antara satu sama lain. Perbezaan pendapat bukanlah satu alasan untuk merendahkan sesama kita. Seharusnya kita berlapang dada terhadap saudara2 kita. Apabila membahaskan isu perbezaan pendapat, saya mengambil iktibar dari sebuah kisah dalam hadis riwayat muslim. Terdapat sebuah peperangan dalam bulam ramadhan.  Dalam tempoh bermusafir, ada yg tetap berpuasa, dan ada yg berbuka. Sekalipun setiap dari mereka mempunyai pandangan yg berbeza, dan bertindak mengikut pandangan masing2, tetapi itu tidak menjadi alasan untuk mereka bertelagah. 
Namun saya akui, saya bangga dengan semangat yg ditunjukkan oleh semua pihak. Masing2 menunjukkan semangat kesetiaan kepada pemimpin. Hal itu sememangnya dianjurkan dalam agama kita. Tetapi, bagaimana jika membawa semangat ini  kepada anjakan yg lebih besar. Iaitu kepada semangat ketuhanan. Kita melenting apabila apabila ada yg menderhaka kepada titah Agung, ada yg melatah apabila pemimpin mereka dihina dan ditentang.. Tetapi pernah tak kita melenting apabila melihat pasangan anak muda berpegangan tangan dan melakukan zina secara terbuka. Pernah kah kita terluka melihat org yg tidak solat mahupun melihat wanita2 yg tidak menjaga aurat mereka? Bukankah itu semua bertentangan dengan apa yg Allah perintahkan??
 Saya mahu tergelak membaca komen2 yg mempertikaikan ikhtilat dan soal solat bg mereka2 yg berhimpun. Apa yg membuatkan saya sedikit tersinggung, ada yg ke tahap menghina mereka2 yg tampak alim. Kita menghina dan mencaci orang yg menuntut sesuatu yg mereka rasakan hak mereka dengan berlandaskan isu tidak menjaga ikhtilat dan cara mereka hendak bersolat, tetapi kita bangga melihat anak muda kita terkinja2 dalam konsert2 yg sememangnya secara terangan kita tahu akan berlaku 1001 maksiat didalamnya. Bahkan, kita merestui perhimpunan konsert seperti itu. Saya peringatkan, kita ni amal tak seberapa. Tetapi jgn lah lidah kita menjadi setajam lidah yg dikatakan oleh imam Al-Ghazali apabila kita memfitnah org2 yg hatinya pada Allah.wallhualam..

Seterusnya saya mengambil iktibar ketika berlangsungnya perhimpunan itu. Subhanallah, saya kagum dengan kejadian itu. Sememangnya hari itu terpancar semangat dan keutuhan hati2 mereka yg pergi. Saya sendiri akui saya tidak pasti melaksanakan rancangan perhimpunan adalah keputusan yg tepat atau tidak. Tetapi apabila memikir hal ini dengan minda yg terbuka, jawapannya setiap keputusan yg diambil tetap akan ada sudut pro dan cons. 
Ingin saya menyentuh sedikit sikap dan layanan yg diterima oleh peserta2 ini. Adakah wajar mereka diperlakukan sebegitu rupa. Saya akui mereka2 yg menyertai telah melanggar perintah tetapi itu bukan tiket memperlakukan mereka sebegitu rupa. Sungguh hati saya kasihan melihat kejadian2 itu tetapi rasa kasihan saya lebih kepada si pelaku daripada si mangsa. Mereka seperti hilang nilai kemanusiaan. Dimana mereka letak hati mereka apabila memukul orang hingga berdarah. Untuk memukul binatang pun saya harus berfikir banyak kali, apatah lagi memukul orang. Bukan kah mereka2 ini yang mengatakan masih banyak cara diplomasi bagi menyelesaikan sesebuah isu. Dimana diplomasi mereka ketika ini? Mengapa dilayan kedegilan mereka2 yg berhimpun ini dengan kekerasan. Bukankah itu ibaratnya mencurah minyak pada api yg marak.



* saya bercakap atas dasar pemerhatian saya. secara jujur, saya lebih senang mencedok apa yg baik dan mengambil iktibar.



Sunday 10 July 2011

saya geram!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Baru2 ni ada sowang makcik ni cakap kat saya..
bagus sebenarnya bela kucing ni..
kucing boleh jadi penawar hati bila kita tengok keletah dia...
dia boleh jadi kawan..
bila pandang kucing, hati kita boleh terhibur..


tapi makcik,
pengalaman saya lain pulak...
mcm2 ragam kucing2 saya ni..
kucing saya suka buat saya stress..
makan cerewet..
bagi friskies tak heran dia, nak ikan ngan nasi gak..
kalau tak dapat dia xmakan...
bila bosan ngan nasi, nak friskies balik...
banyak keje dia dibuatnya
kejap2 lari rumah..
balik2 mst luka sana sini...
tidak pon balik dengan muke stress sebab lepas gaduh..
tengok dia sakit, saya pulak susah hati..
aduss.. makin pening saya..
kejap2 nak kene cari dia sana sini...
lama2 sakit jantung saya dibuatnya...
sob2...

belum kira onar2 lain yang dia buat 2..
buat bilik saya mcm bilik dia...
cakar2 kusyen baru mak...
khazanah pusaka dia lagi....
adoaiiii.....

tapi kalau mereka2 ni xde saya lagi susah hati..
apa nak buat, ati da cyg...
boleh merungut je lah...
huhuhu~

#maaf..saya mmg suke merungut...nak buat mcm mana, saya geram.. nak2 dengan si kembang.. xpadan da ilang satu kaki.. pantang leka, dia da ilang dulu...