Blogger Templates

Monday 11 July 2011

TRANSFORMASI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sudah hampir seminggu saya menjadi pemerhati tetap mengenai perhimpunan Bersih 2.0. Saya membuka sebanyak mungkin video yg ada didalam internet. Saya mencari dan mendapatkan pandangan dari ramai kawan2 saya.. Saya membaca komen2 yang ada dalam fb. Saya buka banyak laman web baik yg pro mahupun anti kepada perhimpunan ini. Apa yang dapat saya simpulkan :

Sebenarnya masih ramai anak muda yg lebih suka berdiam diri dan tidak mengambil tahu. Apa yg lebih mereka fikirkan adalah tentang hiburan dan melayan perasaan mereka. Bahkan ada seorang kawan saya yg berada diluar negara meluahkan kekesalannya bila ada kawan beliau yg berada di malaysia tidak tahu mengenai isu ini. Ini agak sedih apabila generasi muda menjadi generasi yg lembap dan tidak boleh dijana untuk menjadi pelapis kepada peneraju pimpinan negara pada masa akan datang.
Tetapi, persoalannya, adakah mereka wajar disalahkan secara total sedangkan mahasiswa2 digari dengan beberapa Akta. Situasi sebenarnya yg membunuh semangat perjuangan dalam diri generasi muda dan sekaligus menjadikan mereka pasif dan  terbentuklah generasi yg alpa.

Hal kedua yang membimbangkan saya adalah sikap suka menghina antara satu sama lain. Perbezaan pendapat bukanlah satu alasan untuk merendahkan sesama kita. Seharusnya kita berlapang dada terhadap saudara2 kita. Apabila membahaskan isu perbezaan pendapat, saya mengambil iktibar dari sebuah kisah dalam hadis riwayat muslim. Terdapat sebuah peperangan dalam bulam ramadhan.  Dalam tempoh bermusafir, ada yg tetap berpuasa, dan ada yg berbuka. Sekalipun setiap dari mereka mempunyai pandangan yg berbeza, dan bertindak mengikut pandangan masing2, tetapi itu tidak menjadi alasan untuk mereka bertelagah. 
Namun saya akui, saya bangga dengan semangat yg ditunjukkan oleh semua pihak. Masing2 menunjukkan semangat kesetiaan kepada pemimpin. Hal itu sememangnya dianjurkan dalam agama kita. Tetapi, bagaimana jika membawa semangat ini  kepada anjakan yg lebih besar. Iaitu kepada semangat ketuhanan. Kita melenting apabila apabila ada yg menderhaka kepada titah Agung, ada yg melatah apabila pemimpin mereka dihina dan ditentang.. Tetapi pernah tak kita melenting apabila melihat pasangan anak muda berpegangan tangan dan melakukan zina secara terbuka. Pernah kah kita terluka melihat org yg tidak solat mahupun melihat wanita2 yg tidak menjaga aurat mereka? Bukankah itu semua bertentangan dengan apa yg Allah perintahkan??
 Saya mahu tergelak membaca komen2 yg mempertikaikan ikhtilat dan soal solat bg mereka2 yg berhimpun. Apa yg membuatkan saya sedikit tersinggung, ada yg ke tahap menghina mereka2 yg tampak alim. Kita menghina dan mencaci orang yg menuntut sesuatu yg mereka rasakan hak mereka dengan berlandaskan isu tidak menjaga ikhtilat dan cara mereka hendak bersolat, tetapi kita bangga melihat anak muda kita terkinja2 dalam konsert2 yg sememangnya secara terangan kita tahu akan berlaku 1001 maksiat didalamnya. Bahkan, kita merestui perhimpunan konsert seperti itu. Saya peringatkan, kita ni amal tak seberapa. Tetapi jgn lah lidah kita menjadi setajam lidah yg dikatakan oleh imam Al-Ghazali apabila kita memfitnah org2 yg hatinya pada Allah.wallhualam..

Seterusnya saya mengambil iktibar ketika berlangsungnya perhimpunan itu. Subhanallah, saya kagum dengan kejadian itu. Sememangnya hari itu terpancar semangat dan keutuhan hati2 mereka yg pergi. Saya sendiri akui saya tidak pasti melaksanakan rancangan perhimpunan adalah keputusan yg tepat atau tidak. Tetapi apabila memikir hal ini dengan minda yg terbuka, jawapannya setiap keputusan yg diambil tetap akan ada sudut pro dan cons. 
Ingin saya menyentuh sedikit sikap dan layanan yg diterima oleh peserta2 ini. Adakah wajar mereka diperlakukan sebegitu rupa. Saya akui mereka2 yg menyertai telah melanggar perintah tetapi itu bukan tiket memperlakukan mereka sebegitu rupa. Sungguh hati saya kasihan melihat kejadian2 itu tetapi rasa kasihan saya lebih kepada si pelaku daripada si mangsa. Mereka seperti hilang nilai kemanusiaan. Dimana mereka letak hati mereka apabila memukul orang hingga berdarah. Untuk memukul binatang pun saya harus berfikir banyak kali, apatah lagi memukul orang. Bukan kah mereka2 ini yang mengatakan masih banyak cara diplomasi bagi menyelesaikan sesebuah isu. Dimana diplomasi mereka ketika ini? Mengapa dilayan kedegilan mereka2 yg berhimpun ini dengan kekerasan. Bukankah itu ibaratnya mencurah minyak pada api yg marak.



* saya bercakap atas dasar pemerhatian saya. secara jujur, saya lebih senang mencedok apa yg baik dan mengambil iktibar.



No comments:

Post a Comment