Blogger Templates

Monday 11 July 2011

BINGKISAN SIRAH~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Rasulullah SAW, seorang Rasul, tidak sekadar mengangkat tangan dan berdoa. Dia berusaha dengan berjuang. Menyusun strategi dan berhadapan untuk menumbangkan jahiliyyah. Jahiliyyah dari hati manusia, hingga ke pintu kerajaan berkuasa.

Baginda dipulau 3 tahun 3 bulan, dan terpaksa memakan ranting2 kayu hingga pecah mulut2 baginda dan para sahabat. Baginda dicampak pada tengkuknya Najis. Baginda dilempar batu-batu di Taif hingga berlumuran darah. Baginda dibaling batu semasa peperangan Uhud, hingga tali topi besi baginda tertusuk ke dalam pipi, hingga apabila seorang sahabat ingin mencabut, gigi Rasulullah SAW tercabut sekali dan darah menitis ke bumi.

Semua itu kerana ingin menumbangkan kezaliman yang menyelimuti dunia ini. Menumbangkan jahiliyyah. Membersihkan bumi ini dari kegelapan.

Perjuangan inilah yang diwariskan kepada kita, untuk membina dunia yang baik dan bersih, agar kondisi dunia ini baik untuk kita mengejar akhirat dengan baik.
Inilah yang akhirnya menyebabkan, apabila seorang tentera biasa bernama Rib'i Amir, berdiri di hadapan singgahsana musuh, berani berkata:

"Allah memilih kami, untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan sesama manusia, kepada penyembahan Tuhan Kepada Manusia, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam."

Oooo orang2 yang mengaku beriman kepada Allah SWT, yang menyatakan dirinya beriman kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, apakah kamu kira dengan hanya menadah tangan dan berdoa tanpa usaha yang benar maka kamu akan diselamatkan?

"Buat apa susah-susah, ini semua hal dunia."

Dan bagaimana bila jahiliyyah menyelimuti, apakah kamu akan 'selesa' untuk mengejar akhirat? Tidak. Jangan tertipu.

Andai berdoa semata-mata mampu menyelesaikan semua, maka Rasulullah sebagai Rasul dan paling mustajab doanya tidak akan berusaha.



# post ni diambil dari kata2 Hilal Asyraf @ langitilahi.... sekadar berkongsi sesama kita sebagai muhasabah bersama..

No comments:

Post a Comment