Blogger Templates

Friday 8 July 2011

BINGKISAN

bismillahirrahmanirrahim

Sanah helwa ya ukhti
Hari ni ulang tahun kelahiran kak Amal, salah seorang senior sewaktu di Arau. Secara jujur, Kak Amal saya letakkan sebagai antara insan yg mempunyai tempat khusus dalam hati saya. 
Dalam penghijrahan saya dalam meniti sebuah kehidupan yg lebih baik, Kak Amal adalah antara orang2 yg menjadi rujukan dan sumber kekuatan saya..
begitu banyak perkongsian yg telah kak Amal beri kepada saya dan menjadikan saya lebih matang...
 Serta juga tingkah laku kak amal yg dapat saya contohi..

buat Kak Amal,
terima kasih untuk semester yg penuh barakah itu,
saya sayang dan kasihkan akak kerana Allah..
terima kasih atas segala tunjuk ajar dan kesabaran yang akak curahkan untuk saya..
terima kasih atas setiap kata2 semangat dan kecintaan akak kepada saya sebagai adik akak..
semoga Allah memberikan rahmat-Nya buat akk.
dilindungi dan dikasihi selalu..
ditingkatkan darjat akk disana kelak..
dikurniakan akak sebuah Baitul muslim yg Indah..
saya juga mohon Allah menjaga hati2 kita sepanjang di jalan-Nya ini..
serta dijaga tautan ukhwah kita ini..
ameen...

**********************************



Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said


No comments:

Post a Comment