Blogger Templates

Saturday 28 May 2011

kesal~

bismillah..

Baru lepas tengok drama kat TV3... mmg cerita 2 ade msg yg nak disampaikan.. tak boleh dinafikan.. tapi ade sikit rasa x puas hati.. macam mana  boleh siarkan cerita2 yg ada skrip yg mempunyai unsur mempertikaikan Allah.. bayangkan,dia boleh mempertikaikan dimana Allah sewaktu dia susah... tak ker dowang tau, ucapan macam tu merosakkan akidah.. dimana sensetiviti mereka sebagai umat islam.. dan dengan menyiarkan cerita2 yg ada skript yg berunsurkan macam tu, ia memberi impak kepada penonton...

Menyentuh sedikit tentang Aqidah, ia boleh rosak disebabkan melalui perkataan, perbuatan dan hati....




PERKATAAN




-          Menghina Islam spt mencela Allah.Al Quran dan Hadis
-          Mengubah hukum dengan perkataan spt menolak kewajipan solat fardu dan menolak kewajipan menutup aurat
-          Bersumpah dengan selain nama Allah spt demi bulan matahari
-          Menyanyi lagu-lagu yang liriknya bertentangan dengan akidah



PERBUATAN




-          Menyembah selain daripada Allah spt berhala , pokok,syaitan dll
-          Memakai lambing mana-mana agama spt salib
-          Menghina Al Quran spt mengoyak,memijak,mencampak
-          Menyertai upacara agama lain spt upacara penyembahan berhala dan penyucian dosa (babtis) di gereja
-          Sujud selain daripada Allah spt sujud kpd manusia , batu dll


       HATI
-          Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri
-          Percaya bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain
-          Ragu-ragu dgn rukun Iman, rukun Islam dan hukum Islam
-          Berniat keluar daripada Islam



jadi sewajarnya kita lebih berhati-hati dalam tindak tanduk kita.. kita xboleh ambil mudah tentang hal2 macam   ni... sebab sebenarnya, dalam kita tidak sedar, masa kini terlalu banyak anasir2 yg mampu merosakkan akidah kita sebagai seorang muslim.. subhanallah....

#saya bukan orang hebat tentang hukum2 Allah, tetapi jangan lah hal yg sekecil ini pun kita terlepas pandang....

Thursday 26 May 2011

wasiat Imam Shafie'

..BISMILLAHIRRAHMANIRRRAHIM..
sekadar sebuah perkongsian untuk sama2 kita renungkan...



Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. 

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” 

  
1 : HAK KEPADA DIRI. 
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 
2 : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT. 
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 
3 : HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 
4 : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR.
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT).
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 
6 : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT). 
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 
7 : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA).
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 
8 : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA).
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 
9 : HAK KEPADA NABI SAW.
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 
10 : HAK KEPADA ALLAH SWT.
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. 


Monday 23 May 2011

KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR



~selesai~


selepas seminggu berhempas pulas mencuri masa untuk selesaikan bacaan buku ni, akhirnya hari ini berjaya juga...
(buku ni terlalu tebal sebenarnya..huhuhu)
alhamdulillah
sungguh, sesekali air mata menitik bila membaca buku ini..


betapa besarnya cinta mereka pada Allah..
mulia sungguh kasih mereka pada Rasulullah SAW..
hebat sungguh ukhwah yang mereka bina...
terlalu besar pengorbanan yg mereka curahkan...
bagaimana pula kita??

persoalannya, adakah kita cukup layak untuk mengharapkan syurga apabila kita menilai semula bakti kita kepada agama Allah???
....wallahualam....

bila difikirkan, berapa ramai antara kita yang betul2 tahu tentang khalifah2 ini... 
betapa ruginya kita menjadi seorang muslim tapi kita lebih kenal artis2 drpd org yg menghabiskan hayatnya untuk islam...
semoga dengan membaca buku ini akan menambahkan penghayatan kita kepada insan2 mulia ini..
insyaAllah

# credit buat insan2 yg telah membuatkan saya sedar betapa sebenarnya sudah jauh melupakan khalifah2 ini.. terimakasih atas peringatannya....

Saturday 21 May 2011

takziah buat Rumah Anak Yatim At-Takwa

~al-Fatihah~
"sesungguhnya dari Dia kita datang,
kepada Dia juga kita pergi"
subhanallah


ujian allah buat mereka..


takziah buat semua penghuni rumah anak yatim At-Takwa. Semoga kalian diilhamkan kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi dugaan dari Allah.... Allah sentiasa bersama orang yg bersabar....

sesungguhnya dugaan itu tanda kasih sayang Allah..
bersabarlah




ya Allah, semoga anak2 ini engkau rahmati,
angkatlah roh mereka yg terkorban itu bersama kekasih2Mu,
tempatkanlah mereka di syurga-Mu,
permudahkanlah urusan pencarian mangsa yang masih tertimbus itu,
berikanlah kekuatan dan ketabahan buat mereka yang terselamat bagi menghadapi dugaan-MU,
bukakanlah pintu2 rezeki-Mu buat mereka ini,
sesungguhnya pergantungan sebulatnya kepada-Mu
amiiin


~muhasabah~

sesungguhnya kematian itu tidak kita duga
ajal itu sunggah diluar kawalan
yang pasti hari kita akan tiba juga
itulah janji tuhan
sama2 lah kita terus memperbaiki diri sebagai persiapan
semoga saat kita bertemu dengan-Nya,
kita diangkat bersama2 org yg beriman dan bertakwa...
subhanallah



Wednesday 18 May 2011

PERSAHABATAN & saya



*akrab....

Manis hidup kita bila dikelilingi orang2 yg bergelar kawan @ teman @ sahabat....
berkongsi suka, bercerita tentang hal2 duka..
kadang2 menangis sama-sama
gelak ketawa jangan ceritalah...
pasti ada
datang musibah bersama2 mencari solusi,
bertengkar dan selisih pendapat
kadang tak tegur, berkecil hati
semua itu warna...
....normal....

dan aku antara orang yang Allah kurniakan nikmat mempunyai kawan2 @ sahabat2 yg baik...
sampai kadang2 aku terlupa tentang jasa mereka
kerana terlalu asyik menuai bakti mereka

"alhamdulillah...
terima kasih ya Allah"

maka saya dedikasikan terima kasih saya buat teman2 baik& sahabat2 saya...
sungguh saya amat mencintai kalian...

~sedikit dedikasi khas buat seorang sahabat~
(maaf sy bukan pohon rendang buat kamu)

maaf,
saya bukan yg terbaik sebagaimana hebatnya kamu di mata saya
maaf,
saat kamu kepatahan tangan, tangan ini tidak kuat ketika  memapah kamu
maaf,
saat kamu kehilangan kaki, kaki ini tidak cukup gagah ketika melangkah seiring bersama2 kamu
maaf,
saat kamu kebuntuan, aqal ini tidak berfungsi seperti mahunya kamu
maaf,
saat kamu rasa sudah menjadi terbaik buat diri ini, tapi kamu tidak mampu rasa diri ini sudah melakukan yg terbaik untuk kamu
maaf sahabat,
sebab aku mengasihimu tapi aku tidak mampu menjadi terbaik seperti sahabatmu yg lain

#sungguh saya kesal dengan dr sndr

Mukadimah

~semula~
dah lama lupakan dunia blog ni..
tiba2 hati ni terasa nak sngt buat blog..
huhuhu..
myb rindu nak berkongsi dan menulis...
tapi kali ni berapa lama tak tahu lah..
tapi harapan untuk blog kali ni biarlah ada pengisian dan manfaatnya..
bukan sekadar coretan kosong....


~insyaAllah~