Blogger Templates

Saturday 28 May 2011

kesal~

bismillah..

Baru lepas tengok drama kat TV3... mmg cerita 2 ade msg yg nak disampaikan.. tak boleh dinafikan.. tapi ade sikit rasa x puas hati.. macam mana  boleh siarkan cerita2 yg ada skrip yg mempunyai unsur mempertikaikan Allah.. bayangkan,dia boleh mempertikaikan dimana Allah sewaktu dia susah... tak ker dowang tau, ucapan macam tu merosakkan akidah.. dimana sensetiviti mereka sebagai umat islam.. dan dengan menyiarkan cerita2 yg ada skript yg berunsurkan macam tu, ia memberi impak kepada penonton...

Menyentuh sedikit tentang Aqidah, ia boleh rosak disebabkan melalui perkataan, perbuatan dan hati....




PERKATAAN




-          Menghina Islam spt mencela Allah.Al Quran dan Hadis
-          Mengubah hukum dengan perkataan spt menolak kewajipan solat fardu dan menolak kewajipan menutup aurat
-          Bersumpah dengan selain nama Allah spt demi bulan matahari
-          Menyanyi lagu-lagu yang liriknya bertentangan dengan akidah



PERBUATAN




-          Menyembah selain daripada Allah spt berhala , pokok,syaitan dll
-          Memakai lambing mana-mana agama spt salib
-          Menghina Al Quran spt mengoyak,memijak,mencampak
-          Menyertai upacara agama lain spt upacara penyembahan berhala dan penyucian dosa (babtis) di gereja
-          Sujud selain daripada Allah spt sujud kpd manusia , batu dll


       HATI
-          Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri
-          Percaya bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain
-          Ragu-ragu dgn rukun Iman, rukun Islam dan hukum Islam
-          Berniat keluar daripada Islam



jadi sewajarnya kita lebih berhati-hati dalam tindak tanduk kita.. kita xboleh ambil mudah tentang hal2 macam   ni... sebab sebenarnya, dalam kita tidak sedar, masa kini terlalu banyak anasir2 yg mampu merosakkan akidah kita sebagai seorang muslim.. subhanallah....

#saya bukan orang hebat tentang hukum2 Allah, tetapi jangan lah hal yg sekecil ini pun kita terlepas pandang....

No comments:

Post a Comment