Blogger Templates

Wednesday 13 June 2012

imtihan~

~bismillahirrahmanirrahim~


"kalau seseorang memiliki sepuluh bilah pedang yg sangat tajam dan juga bermacam-macam senjata lain lagi dan dia pula adalah seorang yang berani dan sangat cekap dalam peperangan, lalu datang kepadanya seekor singa yang garang dan menyerang. Adakah bermanfaat segala senjata dan kemahirannya jika dia sendiri tidak menggunakan semua yang dimiliki ketika itu. Begitu jugalah ilmu dan manusia. Tiada manfaatlah bagi seseorang jika ilmu yg dia dimiliki tidak dia amalkan sehinggalah dia beramal dgn ilmu itu."


Lebih indah jika ilmu-ilmu yang dimiliki dapat dimanfaatkan dalam usaha memajukan islam. Dalam konteks berbakti kepada islam, setiap ilmu yang ada dimuka bumi ini boleh sahaja diaplikasikan untuk islam tidak kira apa jua bidang yg kita ceburi samaada kejuruteraan, sains, pengurusan mahupun pertanian. Tiada batasan yang diletakkan dalam menagih kasih sayang Allah. Yang seringkali membataskan kita hanyalah keinginan dan keazaman diri sendiri.


Dalam kesibukan menelaah dan menghadamkan segala jua buku dan nota, itu bukanlah satu alasan untuk kita meletakkan jurang antara kita dengan Allah secara sengaja mahupun tidak sengaja. Ketika inilah konsistensi kita akan mula teruji..apakah kita meletakkan sesuatu itu tepat pada haknya atau mungkin kita akan mencabuli hak yang lain demi memenuhi tuntutan kesibukan.

Selepas meletakkan usaha mengikut kemampuan, jangan lupa disandarkan keyakinan kepada qadha dan qadar Allah. Pergantungan sebulatnye kepada Allah. Bertawakkal dan percayalah, Allah lebih mengetahui setiap sesuatu. kita hanya mampu berusaha dan menjaga niat kita kepada Allah...

~menggebunya semangat tidak akan mampu menerobos benteng takdir~

semoga kita semua menjadi mukmin profesional yang bukan sahaja mampu berjaya meraih ijazah, tetapi kita jugalah generasi yang terus menyambung rantaian perjuangan Rasulullah. kayu ukur kejayaan seorang mukmin itu bukan sekadar dengan jumlah CGPA, tetapi kayu ukur kejayaan seorang mukmin itu apabila Allah redha kepadanya. Bersama kita mencari keredhaan Allah dalam bermujahadah mencari ilmu pengetahuan...semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang mensia-siakan nikmat ilmu yang diberikan Allah kepada kita...ameen....

Thursday 15 March 2012

ajal

bismillahirrahmanirrahim


bukan agenda yg tetap menjadi agenda
tiada kurang sesaat, tiada lebih sesaat
yg pergi tetap pergi,
yang ada tetap ada
semoga yg pergi aman abadi
yg ada bermuhasabah mengambil iktibar..
wallahualam~

Sunday 11 March 2012

give up???

bismillahirrahmanirrahim


if yOu fAilEd plAn A,
yOu hAvE AnOthEr 25 AlphAbEt..
sO nEvEr gIvE uP~
chill aNd kEep mOvIng

------------------------------------------------------------------
# mehnah dimana2 saja sayang.......... ^_^ 

Wednesday 7 March 2012

penyejuk hati...





bismillahirrahmanirrahim


Adik,
sebagai kakak perlulah banyak mengalah..
banyakkan bersabar dan jangan pernah mengungkit atas apa yang dah diusahakan..
sebagai orang yg memahami, harus jangan pernah berhenti memahamkan orang lain,
yang paling penting, jangan pernah penat dari membantu adik2 kamu...
walaupun nanti bila sampai 1 tahap, kamu akan rasa kamu sendiri tidak pasti samaada kamu dipihak yang benar atau kamu sudah berbuat silap....


(nasihat dan amanat seorang kakak....)

-------------------------------------------------

#saya sendiri rindu amat sngt pada akak~

Friday 2 March 2012

berbicara tentang hudud....



bismillahirrahmanirrahim


kenapa saya kecewa mengenai video ini :


1) Ia amat mengecewakan apabila seseorang itu menafsirkan al-quran secara sesuka hati dan berlandaskan nafsu semata... dan hal ini juga menggambarkan betapa jahilnya umat islam di malaysia apatah lagi apabila hujah2 songsang ini disokong dan dijadikan panduan oleh pihak2 yg mempunyai kefahaman agama yg rendah... maka akan bertambah jahil lah umat islam malaysia kelak...


2) Ia lebih mengecewakan apabila yg mengeluarkan hujah2 ini adalah mantan PM malaysia yg diiktiraf sebagai sebuah negara islam. bahkan, pengiktirafan itu dibuat ketika tempoh pemerintahan mantan PM itu sendiri..sngt mendukacitakan....


3) apabila video ini tersebar, pelbagai komentar yg keluar..ada yg membangkang, dan ada yg menyokong statement tun M.. yg memilukan saya adalah, semakin ramai org jahil yg sewenangnya mengeluarkan hujah menentang hukum Allah ini atas dasar keadilan dan kemanusiaan..tidak kurang juga yg menolak kenyataan tun M dengan penuh ketegasan hingga kadang2 mengeluarkan kata2 yg kurang sopan dalam diskusi mereka... persoalan yg saya fikirkan ialah,
#persoalan per 1, adakah yg membangkang ini rasa mereka lebih tahu dari Allah dan adakah Allah itu tidak adil dan tiada perikemanusiaan di mata mereka???
#persoalan ke 2, saya yakin yang menolak kenyataan tun M ini pastilah org yg mempunyai kefahaman dan kesedaran tentang agama... jadi, mengapa mereka menggunakan pendekatan yg keras sedangkan menerangkan kepada  yg tidak memahami itu adalah dakwah, jadi ia perlu lebih berhemah agar tidak terketuk pintu kemarahan dari ke2-2 pihak....


4)hal yg ke 4 ini agak membingungkan saya apabila saya terjumpa beberapa statement tentang hudud versi pas..subhanallah, hudud itu sesuatu yg telah termaktub didalam al-quran dan ia adalah satu syariaat yg perlu dilaksanakan oleh kita sebagai umat islam sebagai satu tanda ketundukkan dan keyakinan kita terhadap Allah... Ini masalahnya apabila org memandang hudud adalah isu politik, bukan isu agama.. harus diperingatkan, islam itu bukan sebuah anutan dan kepercayaan semata.. Ia meliputi semua aspek(syumull) termasuk gaya hidup..jadi, perundangan juga tidak dapat lari dari sifat syumull itu sendiri...


5) walaupun ramai yg cakne (mengambil tahu) tentang isu ini dengan pelbagai kerenah, namun ramai juga umat islam yg tidak mengambil tahu tentang isu ini dan memandang ia sebagai sesuatu yg tidak ada kena mengena dengan mereka.. golongan ini juga membuat saya runsing memikirkan apa yg bakal terjadi kepada umat islam akhir zaman ini... tidakkah mereka sedar mereka ini juga menganut agama islam.. apakah sedikit pun tidak terusik hati mereka ini... wallahualam...


6) baru2 ini saya ada membaca pandangan drMaza (http://drmaza.com/home/?p=1803) tentang isu ini. Ia agak mengecewakan kerana beliau terlalu mengambil langkah selamat dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menghuraikan isu ini secara menyeluruh.. namun, saya percaya beliau mempunyai alasan beliau sendiri dan Allah lebih mengetahui itu. tetapi saya tidak menafikan, dalam artikel beliau ini terdapat banyak input yg perlu diberi perhatian oleh umat islam dalam memahami perkembangan politik islam dunia dan mengambil iktibar darinya sebagai panduan dalam bergerak kerja...


"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Monday 20 February 2012

cErItA pErjUAngAn~

bismillahirrahmanirrahim

tentang SYRIA bumi kita

sungguh jadi malu sendiri
pada Allah, pada anak2 kecil di sana, pada muslimat2 disana
pada pejuang2 SYRIA
kita disini baru saja berhadap sekularism
sudah mengeluh letih dalam berjuang
apatah lagi jika harus berhadapan dengan senjata...

jadi berfikir sendiri
sampai bila kita di tampuk ini...
tandus salam adab dan nilai
adakah perlu umat disini merasai susah dalam mempertahankan akidah
atau mungkin saja susah tidak akan ada
kerana terus hanyut demi mengharapkan senang dunia....
wallahualam~

Saturday 18 February 2012

alahai keluhan

bismillahirrahmanirrahim
kalau mungkin disimpan sendiri,
jangan mudah dicanang melalui hujung jari
jika engkau org beriman
bukan simpati yg engkau tagih
andai juga terlalu kusut hingga ribut
cukup lah engkau dan sesiapa
bukan hingga seluruh pelosok dunia....

Thursday 9 February 2012

bismillahirrahmanirrahim

ini adalah post saya yang pertama bagi tahun 2012..huhu~
agak lambat kan..da pertengahan bulan 2 pon....
tahun ini banyak mengubah minda dan pemikiran saya tentang kehidupan...
2012 yg penuh dengan pengisian.. hari2 sebelumnya, hari ini dan insyaAllah sampai bila2...

qasidah yg sngt menarik minat saya~

tahun ini Allah limpahkan rezeki untuk saya menghabiskan masa saya pada aktiviti yg memberi pengajaran kepada saya... sebagai tindak balas, otak saya mula berfikir semula tentang perancangan kehidupan saya...
REPLAN!!