Blogger Templates

Thursday 9 February 2012

bismillahirrahmanirrahim

ini adalah post saya yang pertama bagi tahun 2012..huhu~
agak lambat kan..da pertengahan bulan 2 pon....
tahun ini banyak mengubah minda dan pemikiran saya tentang kehidupan...
2012 yg penuh dengan pengisian.. hari2 sebelumnya, hari ini dan insyaAllah sampai bila2...

qasidah yg sngt menarik minat saya~

tahun ini Allah limpahkan rezeki untuk saya menghabiskan masa saya pada aktiviti yg memberi pengajaran kepada saya... sebagai tindak balas, otak saya mula berfikir semula tentang perancangan kehidupan saya...
REPLAN!!


saya mula sedar hakikatnya kehidupan.. saya berada di perhentian yg terlalu jauh dari destinasi..
saya adalah anak muda yang masih terlalu kerdil dan dhaif...
pernah suatu masa dalam hidup saya, saya ada rasa berpuas hati atas apa yg saya ada, tapi kata2 dari tok guru saya memberi kesedaran:
"orang yg belajar akan menemui lebih banyak kekurangan diri yg perlu diperbaiki"

saya sudah berusia lebih dari 20, tetapi saya belum mampu mencapai kejayaan seperti Sultan Muhammad Al-fateh, saidatina Aisyah atau mungkin Saidina Ali..
mereka semua org muda yg membina gerbang kejayaan dalam menjayakan kebangkitan islam...
tetapi saya tidak ralat kerana saya yakin dan pasti Allah sedang mmerencanakan sesuatu untuk saya dalam impian saya untuk menjadi seorang mujahidah...
mungkin saja saya boleh menjadi seperti Sayyid Qutb yang walaupun pernah khilaf dalam tanggungjawabnya dalam agama tetapi tetap terus bangkit selepas menyedari kekhilafan diri sndr..wallahualam...

siapa kata aku tidak rindu pada yang dulu
saat2 gemilang aku meraikan kehidupan
tapi aku lebih takut pada esok
bimbang pada kemusnahan dan kegelapan
siapa kata aku tidak cemburu melihat mereka
bahagia, tawa, seperti tidak ada kebimbangan
sedang aku berlelah pada kerja yg tidak pasti hasilnya
letih, kecewa, kadang sepi selingannya
tapi aku yakin pada janji tuhan
setiap itu ada harganya dan imbalannya
biarlah bukan didunia...
semoga ada istiqamah buat aku,
agar tetap setia pada simpulan hikmah
dan jangan pula dipesongkan hati ini
tersesat dalam terang...

No comments:

Post a Comment