Blogger Templates

Saturday 10 September 2011

owh hati~

bismillahirrahmanirrahim


mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

bismillahirrahmanirrahim




sebuah analogi:
sejumlah wang yang jatuh di tempat gelap,
masakan kita mampu mencarinya dibawah tiang lampu yang terang.
selagi mana kita tetap ingin berada di zon yg selamat,
bermakna kita sebenarnya kita tidak berusaha.

begitu juga dalam bermujahadah
selagi kita berasa cukup lah tingkat keimanan kita,
sebenarnya kita tidak berusaha untuk syurga..
kalaulah dgn apa yg kita ada hari ni cukup utk mendapatkan syurga,
tidak mungkin para sahabat dan solihin sangup menginfakkan hidup mereka demi jaln Allah.

ulama2 pernah mengatakan,
bilamana kita berasa cukup dengan amal kita, sebenarnya ada yang kurang pada amal itu.
bilamana kita berasa sudah ikhlas, ada kemungkinan itu hanya bisikan syaithan semata.
bila kita sentiasa ragu adakah amal kita diterima tetapi kita terus berusaha,
bila hati kita goyah dan rasa tidak ikhlas mula menghantui, tetapi kita tetap berjuang,
itu adalah situasi yg lebih baik terus dari berasa puas dgn hal yg tidak pasti.

syurga itu harganya tidak murah..
SABDA RASULULLAH S.A.W : ((SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU)) Riwayat Muslim.
kerana syurga itu tidak murah harganya, rasulullah tetap terus berusaha beribadah dan berjuang demi jalan Allah walaupun syurga itu pasti untuk baginda..
jadi adakah kita sudah membayar harga yang sepatutnya untuk mendapatkan syurga itu????