Blogger Templates

Monday 4 July 2011

pilihan??

bismillahirrahmanirrahim


Saya teringat sedikit diskusi dengan seorang sahabat..
Beliau mengatakan kepada saya, bercinta itu bukan pilihan...
maka saya bertanya.kepada beliau tentang apa maksud kata2 itu..
beliau menerangkan kepada saya,
sesungguhnya bercinta itu tidak ada pilihan sama ada mahu atau tidak..
kerana sudah  jelas bercinta itu lebih banyak buruknya dari baiknya...
dalam erti kata lain ataupun dengan kata yg lebih tegas, bercinta (antr lelaki dan perempuan) itu tidak perlu wujud dalam diri seorang yg bergelar hamba Allah melainkan wujud ikatan yg menghalalkan mereka.
"dan janganlah kamu mendekati zina... " (al-Isra', ayat 32)
rasanya ayat ini sudah jelas. hal2 yg menghampiri zina juga telah Allah peringatkan kita supaya tidak menghampirinya... subhanallah..

setelah kami menimbulkan  pelbagai isu  dalam diskusi kami, maka saya boleh simpulkan sesuatu..
sesungguhnya hidup itu bukan pilihan...
dengan berbekalkan ayat " aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" (Al-Dzariyat, ayat 56) sangat jelas lah kehidupan yg kita miliki hari ini semuanya haruslah berlandaskan ketetapan yg telah Allah aturkan dengan secantiknya... hanya kita manusia yang sering memandang tinggi pada kemampuan kita sehingga kita sering melawan arus ketetapan Allah.. sedangkan apa yg kita punya hari ini seluruhnya milik Allah...
jika kita muhasabah diri, mungkin kita akan sedar betapa takabburnya kita pada Allah...
berapa peratus gaya/amalan dalam kehidupan kita benar2 mematuhi garis panduan yg telah Allah tetapkan??
itulah persoalan yg perlu kita dalami..


betapa hebatnya agama Allah, jika kita benar2 cuba memahami dalam kitab Allah ini, sesungguhya didalamnya mempunyai garis panduan kehidupan yg selengkapnya..
dari adab berpakaian, perkahwinan, kebersihan,  halal/haram, solat, bahkan adab berkunjung ke rumah orang juga tertulis dalam kitab al-Quran. kerana itu islam itu bukan sekadar agama yg perlu diamalkan, tetapi islam itu adalah gaya hidup yg perlu diterapkan dalam diri setiap muslim. ia bersifat menyeluruh..

saya ada mendengar sebuah bual bicara di radio ikim, ustaz itu menceritakan tentang pemerhatian seorang ilmuwan (maaf saya tidak ingat nama syeikh yg dinyatakan) setelah beliau ke sebuah negara di eropah... ayatnya sedikit lebih kurang begini :
"di barat, aku melihat islam tanpa muslim.. tetapi apabila aku berada dinegara islam aku melihat muslim tanpa islam"
(maaf kerana saya ingat2 lupa ayat yg sebenar2nya)
tetapi apa yg cuba disampaikan ialah, orang yg bukan islam itu mengaplikasikan gaya hidup yg telah Allah tetapkan seperti aspek penjagaan masa, kebersihan dan bermacam lagi.. tetapi orang islam sendiri begitu bangga mengatakan mereka islam, tetapi tidak cuba mengaplikasikan gaya hidup yg telah Allah anjurkan.

wallahualam.. saya bukan bijak pandai mahupun ilmuwan dalam hal2 agama, tetapi saya hanya cuma cuba menyampaikan apa yg saya rasa dan apa yang saya termampu.
semoga Allah redha pada saya...

*akibat kurang mencatit, saya tidak dapat menulis dengan yakin.. semoga apa yg saya sampaikan tidak ada yg memesong...

No comments:

Post a Comment