Blogger Templates

Friday 16 December 2011

miss VS mrs~ owh no!!!


bismillahirrahmanirrahim
lately ni saya sering diterjah dengan persoalan hati... ada yg sekadar bercerita dan ada yang meminta saya memberi pandangan... ini telah menggerakkan hati saya untuk menulis entry ini.... kerana apa?? kerana seperti mereka, saya juga manusia biasa yg punya masalah hati.... jadi, seperti mana saya mencuba untuk memberi yg terbaik untuk hati sya, saya juga mahu orang lain memberikan yg terbaik untuk hati mereka....

ada yg pernah bertanya pada saya, haram kah bercinta... jawapan yg saya manpu berikan adalah saya bukan alim ulama' yg boleh memberikan fatwa kepada anda.. saya juga takut untuk menghalalkan atau mengharamkan sesuatu.. tetapi saya cuma pasti tentang satu hal..


"dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang keji "
surah al-israa' [ayt 32]

jadi anda hitung kira lah sendiri.. adakah dengan bercinta anda dapat menghalangi diri dari melakukan hal2 yg mengarahkan anda kepada zina... contohnya berpegang tangan, berborak sambil melentok2kan suara (terutamanya perempuan), teringat2 kepada dia dan semua yang seangkatan dengannya.... jika anda kata anda mampu menghindari setiap dari hal ini, terpulang pada anda.. saya yakin setiap dari kita mampu memanfaatkan akal fikiran yg Allah beri kepada kita...

adakah kita begitu????

persoalan kedua yg sering timbul adalah, kalau bercinta payah, macam tu tunang lah dulu... itu kan lebih baik...nak kahwen awal tak ada kemampuan..maklumlah, student lagi..
alhamdulillah..satu perkembangan yg baik pada sudut pandang saya.. kerana ini menampakkan ketegasan dan seriusnya hubungan itu....pertunangan pasti melibatkan keluarga dan komitmen..itu adalah lebih baik dan lebih terpantau... TETAPI.....
harus diingatkan, tunang bukan tiket kepada pra perkahwinan... batas antara anda dan dia tidak ada yang berubah atau lebih longgar.. bahkan cabaran tempoh bertunang itu lebih gah sebenarnya... jadi adakah kita siap untuk itu semua.. harus ditibang tara dengan sewajarnya....

persoalan lain pula adakah wajar berkahwin awal????
jawapan saya bergantung pada situasi..jika anda org yg mampu menjaga hati anda, hal itu bukan persoalan yg besar..
tetapi jika anda sudah terjebak dalam indahnya percintaan, maka saya menganggap berkahwin awal itu lebih baik....apatah lagi saya menganggap jodoh yg cepat adalah salah satu kecintaan Allah pada kita...
sebenarnya saya sangat cemburu pada org yg awal jodohnya.
betapa Allah sebenarnya menjaga mereka...

malangnya,adat melayu kita menjadikan perkahwinan itu satu beban.. soal duit hantaran yg mst setaraf dgn tahap pendidikan(mcm mntak kerja), duit nak buat kenduri, nak bagi anak bini makan ape, nnt ape lak masyarakat fikir (kononnya pasangan itu dah terlanjur).. aduhhh... senteng sebenarnya pemikiran masyarakat kita. yang lebih menghairankan, bila orang nak buat bnd yang halal sejuta satu persoalan dihidangkan kononnya sebagai 1 kebimbangan, tetapi yg anehnya melihat pasangan muda berpeleseran ber2 tak pula mereka bimbangkan dosa yg anak2 muda ini bakal lakukan. jadi sebenarnya maslahat mana yg lebih besar....ini lah yg menjadi masalah bila zina tidak lagi hina di mata manusia..wallahualam....
sekadar 1 kata perangsang, jika kita berkahwin atas 3 dasar ini,
1- kerana Allah
2- kerana mahu menjaga hati
3- mengelakkan zina
saya percaya Allah akan membantu memudahkan urusan pembinaan masjid kita itu....baik dari aspek kewangan, penerimaan ahli keluarga, mahupun persepsi masyarakat....


sepatutnya sudah kita amalkan~


tetapi kekangan memang tidak dapat dielak.. bagaimana jika kita di posisi yang memang tidak berkemampuan untuk mempercepatkan perkara yang baik ini sekalipun kita memang berkeinginan...
maka yg boleh saya katakan yg terbaik adalah lebih baik kita mencari ruang untuk diri sendiri.. mencari dimana letak duduk hati kita dan dia sebenarnya... mungkin itu lebih baik untuk hati kita dan dia... kita telah berusaha, tetapi masih belum ada keizinan, maka husnuzon pada Allah dan letakkan pergantungan sebulatnya kepada Allah...
percaya dan yakinlah jika sudah tepat waktu &ketika, keadaan dan orangnya...semuanya akan jadi lebih mudah untuk kita dan bakal pasangan..insyaAllah...


*janganlah sesiapa mengira saya adalah orang yg bebas dari masalah hati.. saya juga manusia biasa yang tak akan mampu melepaskan diri dari kekhilafan.. saya juga sedang berusaha mencari letak duduk hati saya agar saya dapat memberikan yg terbaik untuk hati saya.. semoga kita semua diberikan bantuan oleh Dia dan kelak akan membina sebuah keluarga yang sakinah...ameen..


No comments:

Post a Comment