Blogger Templates

Wednesday 15 June 2011

jatuh cinta

~bismillahirrahmaniirrahim~

"jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta. ia harus memiliki muara yang menjadi pelabuhan cintanya. aku tidak melihat seorangpun yang lebih mulia bagi emosi cintaku selain seorang sahabat yang ruhnya menyatu dengan ruhku, sehingga dengan sepenuh hati kuberikan cintaku padanya dan kuutamakan dia untuk menerima persahabatanku ini" -Hassan Al-Banna




Kata2 ini sangat menusuk dalam hati saya. Hakikatnya bila difahami kata2 ini, kita akan mengerti nilai sebenar cinta yang ada dalam hati kita. Kita sering silap dalam menilai erti cinta. mencintai sahabat sebenarnya akan membunuh semua kesepian berbanding cinta kepada lelaki @ perempuan dengan tujuan mencari tempat curahan jiwa..


Malam ini diskusi tentang soal masalah hati. bukan diskusi tentang jatuh cinta itu salah atau tidak. Tetapi diskusi tentang apa itu sebenarnya cinta. Hebat sangatkah saya tentang cinta sehingga topik ini yang ingin saya bawa??Ttidak, bahkan saya sendiri sudah lupa bagaimana rasanya cinta remaja, cinta dengan jiwa bunga..


Tetapi kerana rasa ingin berkongsi inilah saya berbicara tentang hal ini. Saya faham dan saya sangat mengerti perasaan orang yang sedang jatuh cinta mahupun yang sedang berduka lara kerana cinta yang putus di tengah jalan.. Kerana saya juga pernah jadi orang seperti itu.


Tetapi percayalah, seperti mana hubungan yang tidak berkekalan itu, macam itu jugalah kekecewaan. Ia tidak akan kekal.. Hanya sepintas lalu sahaja dalam kehidupan. kerana apa, kerana kita mencintai seseorang untuk melabuhkan rasa hati@curahan jiwa yang kononnya kesepian. Akhirnya bila kita dapat berjumpa transit yang baru, semua akan pergi sebagai kenangan. begitulah resmi cinta2 yang wujud masa kini.Jika tidak percaya, teleklah diri kita dan semua hubungan yang pernah kita bina. Berapa lama kita mampu terperuk dalam kekecewaan. adakah puluhan tahun?? 


Tanya satu sahaja soalan dalam diri kita. KENAPA AKU MEMILIH UNTUK BERCINTA DENGAN DIA?? Mungkin ramai yang tidak ada jawapan dan lebih mudah dengan menjawab, tiada alasan untuk jatuh cinta. cinta itu datang dengan sendiri.. bukan kita yang minta..  Maka kalau itu jawapannya, kasihanilah diri kamu sendiri. Untuk mencintai Allah pun kita memerlukan alasan. Kerana Allah menjadikan kita dan memberi banyak nikmat kepada kita. Dalam banyak jasa Allah kepada kita tetapi tetap jugap kita selalu khilaf dalam menunaikan hak Allah. Jadi bagaimana kita boleh jatuh cinta pada orang asing yang tidak ada langsung bakti dalam hidup kita?Sungguh pemikiran seperti ini sangat aneh pada saya.


Dan mungkin ada pelbagai alasan lain. Tidak kisahlah apa jua alasan yang anda berikan tetapi anda lebih tahu sama ada anda jujur atau tidak.. Tetapi saya ingin berkongsi pesan bonda tercinta. "bila kita mencintai seseorang, tanamlah sedikit benci tentang dia. supaya kelak jika sesuatu menimpa hubungan itu, kita tidak akan rasa terlalu terluka kerana kita sememangnya tahu dia juga ada kekurangan. dia bukanlah orang yang sempurna." Jadi fahamilah hal ini.. Kesilapan yang paling utama bila kita bercinta. kita sering buat tidak pandang pada kekurangan si dia.Bukan tidak jelas tetapi buat2 tidak faham. Tapi, bila hubungan putus ditengah jalan, habis semua cerita mahu disingkap dan diungkit. Semua ini hanya menambah luka dan sakit hati sebenarnya.. Nanti mulalah rasa diri tu bodoh dan sebagainya...


Jika anda benar2 jatuh cinta dengan orang yang baik, ketika dia pergi, dia tidak akan meninggalkan parut luka dalam hati anda. tetapi yang dia tinggalkan satu iltizam dalam diri anda untuk menjadi lebih baik dari apa yang anda jadi pada hari ini. Tidak akan ada rasa kerugian sepanjang perkenalan, dan juga tidak ada apa yang ingin dituntut. apatah lagi mengungkit 1001 macam kekesalan. Bahkan, sewaktu anda melihat dia pergi, tidak ada benci mahupun rasa ingin menyalahkan sesiapa dalam hati.


Dan sangatlah ingin saya katakan, bila kita ingin bercinta, ingatlah satu hal, yang kita cari itu bukan sekadar teman lelaki@perempuan, tetapi teman hidup dan jika mampu itu jugalah teman kita ke syurga.. Bila kita sedar betapa besar destinasi hidup ini, kita tidak akan menjadikan cinta kita terlalu murah sehingga kita menghabiskan masa dan air mata untuk hal yang dah berlalu dan juga hal yang remeh temeh. Dan ingat, teman hidup yang baik ada 2 ciri yang penting pada saya:


1) dia akan menjaga amanah Allah. jika dia tidak mampu menjaga amanah allah(solat, batas pergaulan dll), maka bagaimana kita hendak mengharap dia menjaga amanah yang lain
2)dia tidak akan mengambil sesuatu yang bukan haknya selagi belum sampai masanya.


Untuk menjadi teman hidup yg baik, kita harus melakukan 3 hal..



1)menjaga amanah Allah. jika kita tidak mampu menjaga amanah allah(solat, batas pergaulan dll), maka bagaimana kita hendak mengharap kita akan menjaga amanah yang lain
2)tidak akan mengambil sesuatu yang bukan hak kita selagi belum sampai masanya.
3)berdoalah kepada Allah agar ditemukan jodoh yang baik.

Jika kita telah melaksanakan semua ini, yakinlah Allah akan reserve seorang yg tepat untuk kita..Selepas melakukan semua ini maka saya akan redha jika Allah mentakdirkan sesuatu yang bertentangan untuk saya. Kerana saya tahu saya telah mencuba untuk yang terbaik, tetapi Allah menetapkan yang lebih hebat untuk saya..Maka tidak ada kekesalan ketika itu. InsyaAllah..

maka renungkanlah semula. Jatuh cinta bukan jenayah. Tetapi bagaimakah kita bercinta, kenapa kita bercinta, untuk apa kita bercinta? Itu persoalan yang mesti dijawab sebenarnya. Cinta berasaskan iman dan taqwalah yang membuatkan kita mencintai pasangan kita, anak-anak kita sepenuh jiwa. 


*******************************************

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.. 
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….



#Buat teman yag sedang terluka, mohonlah pertolongan dari Allah. apapun yang terjadi semuanya berbalik semula kepada ketentuan Dia. Saya hanya mampu menasihat dan berdoa untuk kalian, tetapi dia yang akan menentukan semuanya..

No comments:

Post a Comment