Blogger Templates

Saturday 25 June 2011

berbeza tetapi sematlamat

     bismillahirrahmanirrahim


dari sebuah hati yg ketandusan cahaya, dia mendapat tarbiyah dari Allah. 
dari seorang pejuang femanism, suaranya lantang memperjuangkan kalimah Allah
sebuah pengalaman menjadikan dia seorang hamba yg tidak mempunyai ketakutan pada ancaman syaithan2 didunia...

kepayahan hidup menjadikan dia manusia tegar
penghinaan dan cercaan menjadikan dia tidak mudah luntur pada kekecewaan
dari seorang yatim yg kotor dan jijik di mata org kampung, dia menjadi "syabab agama"

Asalnya saya membeli kedua2 buku ini dengan niat mencari bahan bacaan yg lebih ringan dan simple. tidak dapat dinafikan saya lelah dan letih membaca bahan bacaan yg terlalu ilmiah dan mempunyai pengisian yg terlalu berat. sesekali kita pun perlukan sedikit hiburan..

tetapi perancangan Allah lebih hebat untuk saya.. hakikatnya kedua2 buku ini membuat saya perlu lebih banyak berfikir. walaupun buku2 ini dari genre yg berbeza,
(DPTMI sebuah catatan pengalaman hidup, manakala SMK saya klasifikasikan sebagai sebuah novel tarbiyah)
namun kedua-dua buku ini mempunyai mesej yg saling berkait...
"TANGGUNGJAWAB KITA DALAM MELUNASKAN HAK ALLAH"

setelah usai membaca buku2 ini, saya berfikir sejenak..
adakah saya sudah menjalankan amanah saya sebagai khalifah di bumi Allah ini..
usah bercakap panjang lebar tentang tanggungjawab sebagai khalifah, sebagai hambaNya pun saya belum mampu menjadi orang yg istiqamah dalam beribadah...
sungguh saya merasa terlalu daif....

setiap hari dalam doa saya mengimpikan sebuah syurga , tetapi saya tidak mampu melakukan amanah  dari Allah.. sedangkan harga sebuah syurga itu tidak murah. ketika saya melihat saudara semuslim saya hanyut, saya hanya mampu memandang..
bahkan kadang2 saya tidak mampu membenci melihat kemungkaran yg berlaku disekeliling saya dengan tiket " normal lah 2 zaman sekarang ni.."
betapa lemahnya iman saya ini...

apabila saya mengenang semula watak2 dalam kedua novel ini, saya merasa lebih kasihan pada diri saya. saya sering menggunakan alasan saya bukan dari sekolah agama apabila bercakap tentang usaha dakwah.. namun hakikatnya Yvonne Ridley seorang penganut agama kristian terus lantang mempertahankan agama islam setelah hidayah Allah datang kepada beliau..beliau tidak pernah gentar dengan keyakinan beliau walaupun agama itu masih belia dalam jiwanya...
tetapi saya, telah Allah beri nikmat islam, membesar dalam sebuah keluarga yg masih mengamalkan ajaran2 islam, tetapi apa yg telah saya sumbangkan kepada agama Allah ini... untuk mematuhi syariat dan hukum2nya pun saya masih berkira2 tentang kepentingan duniawi saya..

hakikatnya islam itu semakin luntur kerana pemuda2 nya semakin lemah dalam dakwah, dan hanyut dalam agenda modenisasi oleh musuh2 islam..
ada seorang sahabat saya pernah berkata:
"islam tidak rugi jika kita tidak bersama2nya dalam usaha membangunkannya kerana janji Allah itu pasti bahawa islam akan bangkit semula, tetapi hakikatnya kitalah rugi kerana kita tidak menjadi salah seorang yang menyumbangkan bakti dalam kebangkitan islam sedangkan kita tahu janji Allah itu pasti bahawa islam akan bangkit semula."

post ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua.. bersamalah kita mencari semula di mana tahap kita sebagai seorang islam, seorang hamba dan juga sebagai seorang khalifah..
hal yang paling penting untuk kita renungkan adalah, jika kita selak semula sirah2 perjuangan para sahabat dan para solihin, adakah layak kita untuk mengimpikan syurga di akhirat kelak???
jika harga syurga itu murah, perlukah Rasulullah berjuang sehingga darahnya menitis ke bumi Allah..
jika syurga itu mudah, mungkinkah mujahid2 Allah mengorbankan harta dan jiwa mereka...

wallahualam...

*kredit buat 2 sahabat yg sangat dekat dalam hati saya yg mencadangkan buku2 ini pada saya.. semoga Allah redha pada kalian dan pada kita semua.. Ameen..

No comments:

Post a Comment